
Beliau mengulangi banyak pertemuan diadakan dengan perdana menteri ketika itu, semasa beliau menjadi ketua pembangkang.
“Jadi, mesyuarat la dulu. Draf itu boleh dipinda. Yang ini nak bising kat luar kenapa? Nak jadi hero jalanan? Belajar dulu,” katanya membidas pemimpin pembangkang, khasnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang berkata, gabungannya mempunyai alasan sah menolak draf itu.
Anwar turut menolak dakwaan Ahli Parlimen pembangkang bergelut dari segi kewangan.
“Anda tahu berapa gaji Ahli Parlimen jika kira elaun semua? Dah cecah RM30,000 hingga RM40,000. Jadi, bukanlah (mereka) tak ada wang,” katanya selepas merasmikan Hari HASiL ke-29 2025 di sini.
Anwar menambah projek di kawasan yang diwakili pembangkang tetap diteruskan, cuma dijalankan terus dan tidak diberikan kepada Ahli Parlimen.
“Projek itu jalan terus kepada rakyat atau melalui cadangan Ahli Parlimen…jadi nak kata rakyat terbeban adalah tidak benar,” katanya.