2 polis ditahan positif dadah di pusat karaoke

2 polis ditahan positif dadah di pusat karaoke

Hasil pemeriksaan mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu positif Eramin 5 serta ketamin.

handcuff
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Azri Ahmad berkata kertas siasatan tatatertib dibuka babit dua anggota ditahan itu.
PETALING JAYA:
Dua anggota polis ditahan kerana positif dadah ketika berhibur di sebuah pusat karaoke di Jalan Loke Yew, ibu negara.

Hasil pemeriksaan mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu positif Eramin 5 serta ketamin.

Mereka antara 55 individu, termasuk empat warga asing ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pengarah JIPS Bukit Aman Azri Ahmad berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati 49 individu terdiri 25 lelaki dan 17 wanita positif dadah, termasuk dua penjawat awam terbabit.

“Sembilan lagi negatif dadah dan semuanya dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta Hiburan 1992, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963, Peraturan 25(1)(n) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990, Seksyen 15(1)(c) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1953.

Menurutnya, kertas siasatan tatatertib akan dibuka terhadap dua penjawat awam itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.