Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah PM, menteri KDN

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah PM, menteri KDN

Polis akan minta bantuan SKMM kenal pasti pemilik akaun TikTok buat kenyataan berhubung kes rasuah Ismail Sabri Yaakob.

raza
Siasatan dijalankan bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.
PETALING:
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, dipercayai memfitnah Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung kes Ismail Sabri Yaakob.

Video yang dimuat naik di TikTok itu turut mengaitkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dengan kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri itu.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki mewakili sebuah NGO di IPD Dang Wangi kira-kira 12.06 tengah hari semalam.

“Kita akan minta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenal pasti pemilik akaun terbabit.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988,” katanya, lapor Bernama.

Terdahulu, tular video seorang bekas Ahli Parlimen membuat kenyataan disyaki memfitnah Anwar dan Saifuddin Nasution berkaitan siasatan kes rasuah melibatkan Ismail Sabri, yang juga Ahli Parlimen Bera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.