
Ketua Polis Kota Tinggi Yusof Othman berkata dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu pihaknya turut menahan manahan tiga warga asing terdiri daripada lelaki warga China berusia 50 tahun dan sepasang suami isteri warga Myanmar berusia 24 dan 23 tahun.
“Hasil pemeriksaan di premis kilang haram itu, polis berjaya merampas 75 guni komponen elektronik seberat 46,214kg, sembilan guni aluminium dan plastik (514kg); 66 mampat komponen elektronik (103,983kg) dan 18 mampat wayar elektrik (22,791kg).
“Turut dirampas 166 guni tembaga (369,954kg), 62 tong ‘metal scrap’ (29,085kg), 43 gelung besi dan 10 tong bebola timah dan serbuk besi,” katanya dalam sidang media menurut Berita Harian.
Katanya, turut dirampas tujuh tong kelongsong peluru serta satu tong anak peluru, pelbagai komponen kapal terbang, tiga forklift dan sebuah Proton X50.
Yusof berkata hasil siasatan awal mendapati premis haram itu sudah beroperasi selama lima bulan dan pihak berkuasa masih menyiasat dari mana sisa e-waste dalam jumlah yang begitu besar boleh berada di premis itu.
Katanya, ketiga-tiga warga asing itu ditahan reman empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan bagi siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 6 Akta Peniaga Sekendhend 1946, Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.