Mangsa banjir Jasin menurun

Mangsa banjir Jasin menurun

Jumlah mangsa yang berlindung di PPS turun daripada 180 orang kepada 32 orang.

pps
Semalam media melaporkan daerah Melaka Tengah dan Jasin terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Jumlah mangsa banjir di Jasin terus menurun kepada 32 orang daripada 11 keluarga setakat 8 malam tadi berbanding 180 orang daripada 50 keluarga 4 petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka, Kamarulsyah Muslim, berkata semua berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum ditutup pada 8 malam tadi.

“Sebanyak 25 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS SMK Dato’ Abdul Rahman Ya’kub manakala di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu kekal tujuh orang daripada tiga keluarga,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa yang terjejas ialah penduduk dari Kampung Kilang Berapi Utara, Kampung Kilang Berapi Barat, Kampung Merlimau Pasir, Kampung Asam Kumbang dan Batu Gajah.

Semalam media melaporkan daerah Melaka Tengah dan Jasin terjejas banjir susulan hujan lebat berterusan lebih satu jam bermula 11 malam Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.