
Inovasi untuk Clarion Malaysia itu menerima Anugerah Inovasi Bersepadu 5G-A×AI sempena Mobile World Congress (MWC) 2025.
Dua minggu lalu, syarikat telekomunikasi itu meraih Anugerah Telekom Asia 2025 di Singapura.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee, berkata anugerah itu mengiktiraf komitmennya dalam memperkenalkan inovasi dan menyediakan penyelesaian bertaraf dunia bagi memperbaiki kehidupan dan meningkatkan produktiviti.
“Yes 5G bukan sekadar tentang kelajuan pantas tetapi mengubah industri, memperkasakan perniagaan serta mewujudkan pemberdayaan digital untuk negara.
“Kami berterima kasih atas pengiktirafan ini bersama kumpulan rakan industri yang dihormati di pentas global, pengiktirafan ini memacu tekad kami membantu Malaysia sebagai negara digital selain melonjakkan ekonominya,” katanya dalam kenyataan.
Anugerah GTI diberikan untuk mengiktiraf sumbangan dan inovasi dalam pembangunan 5G yang memacu evolusi jalur lebar mudah alih global.