Projek 1Bestarinet diperoleh melalui tender terbuka, jelas YTL Power

Projek 1Bestarinet diperoleh melalui tender terbuka, jelas YTL Power

Syarikat utiliti elektrik itu berkata, pihaknya telah melaksanakan kewajipan kontrak terhadap kerajaan dengan tekun sejak projek itu dimulakan.

ytl
YTL Power International berkata, anak syarikat 60% miliknya, YTL Communications Sdn Bhd, akan terus memberikan kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan salah laku berhubung projek 1Bestarinet. (Gambar YTL)
KUALA LUMPUR:
YTL Power International Bhd hari ini menjelaskan pihaknya telah diberikan projek 1Bestarinet melalui proses tender terbuka, menepis tuduhan salah laku.

Syarikat utiliti elektrik itu memaklumkan tender tersebut diberikan apabila bidaan pihaknya adalah yang paling mematuhi teknikal dan efektif dari segi kos berbanding kalangan 18 pembida, menunjukkan keupayaan dan merit syarikat.

“Kami ingin menjelaskan kami telah melaksanakan kewajipan kontrak kami terhadap kerajaan dengan tekun sejak projek itu dimulakan.

“Sepanjang pengetahuan kami, kami tidak melanggar mana-mana terma kontrak atau undang-undang,” jelasnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

YTL Power menjelaskan, anak syarikat 60% miliknya, YTL Communications Sdn Bhd, akan terus memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berkaitan perkara itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.