Tiada unsur abai Hud Aryan, polis ambil keterangan 5 ahli keluarga

Tiada unsur abai Hud Aryan, polis ambil keterangan 5 ahli keluarga

Polis berkata siasatan belum ditutup dan keterangan individu lain akan diambil jika ada saksi baharu.

Yusoff Mamat
Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya sudah mengambil keterangan ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudara Hud Aryan Mohd Nor Hafifi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis sudah mengambil keterangan lima ahli keluarga bayi 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi yang meninggal dunia minggu lalu selepas 45 jam dilaporkan hilang.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat, berkata tiada unsur pengabaian dikesan setakat ini selepas mengambil keterangan ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya.

“Bagaimanapun, siasatan kita belum ditutup dan kita akan mengambil keterangan individu lain, sekiranya terdapat saksi baharu dalam kes ini,” katanya menurut Berita Harian sambil menambah siasatan dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.

Minggu lalu, Yusoff dilaporkan berkata, hasil bedah siasat mendapati tiada sebarang kesan kecederaan atau jenayah, tetapi siasatan lanjut perlu dijalankan kerana bimbang terdapat unsur kecuaian.

Pada 26 Feb lalu, media melaporkan Hud Aryan ditemui meninggal dunia selepas mayatnya ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai Kampung Kerila pada 4.15 petang.

Mayat Hud Aryan ditemui kira-kira 3km dari lokasi kediaman neneknya dan 45 jam dari tempoh dilaporkan hilang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.