Bekas pemimpin Wanita Umno, Marina Md Yusoff meninggal dunia

Bekas pemimpin Wanita Umno, Marina Md Yusoff meninggal dunia

Beliau meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 5.16 petang semalam akibat sakit tua pada usia 84 tahun.

Marina Md Yusoff
Marina Md Yusoff pernah memegang jawatan naib ketua Wanita Umno dan dipilih menganggotai Majlis Kerja Tertinggi parti itu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas ahli politik dan usahawan Marina Md Yusoff dilaporkan meninggal dunia semalam akibat sakit tua.

Marina, 84, yang juga ibu kepada pelakon Ida Nerina meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada 5.16 petang semalam, lapor Bernama.

Ida Nerina memaklumkan ibunya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara pada 10 pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Pada awal 1980an, Marina adalah seorang pemimpin Wanita Umno dan pernah memegang jawatan naib ketua sayap itu serta dipilih menganggotai Majlis Kerja Tertinggi parti.

Marina kemudiannya menyertai Tengku Razaleigh Hamzah dan menjadi pengasas bersama Semangat 46 selepas berlaku krisis dalaman Umno pada 1987 sebelum dilantik sebagai naib presiden parti itu.

Apabila Semangat 46 dibubarkan, Marina kembali kepada Umno, namun menyertai PKR pada awal penubuhan parti tersebut.

Marina kemudiannya meletak jawatan daripada PKR dengan alasan kesihatan dan mahu menumpukan perhatian kepada perniagaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.