Polis tahan lelaki buang beg berisi 700 peluru di P Pinang

Polis tahan lelaki buang beg berisi 700 peluru di P Pinang

Timbalan Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata lelaki warga tempatan itu ditahan selepas hadir memberi keterangan pada jam 1 petang.

handcuff
Timbalan Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata lelaki itu mengaku membuang peluru tersebut untuk tujuan pelupusan selepas menemuinya di sebuah rumah pada 2024. (Gambar Rawpixel)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki meninggalkan sejumlah peluru di tempat pembuangan sampah di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di Georgetown, Pulau Pinang semalam.

Timbalan Ketua Polis Timur Laut Lee Swee Sake berkata, lelaki warga tempatan berusia 46 tahun itu ditahan selepas hadir ke IPD Timur Laut pada jam 1 petang.

“Hasil soal siasat lelaki itu sendiri mengaku meninggalkan beg berisi peluru itu di tempat kejadian dengan tujuan untuk pelupusan sebelum menghubungi pihak berkuasa.

“Lelaki itu yang dijadikan sebagai saksi memaklumkan bahawa peluru itu dijumpai di sebuah rumah ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan pada 2024,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.

Swee berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan keterangan lelaki itu.

Semalam, polis menyiasat penemuan lebih 700 peluru hidup dan 13 peluru kosong di tempat pembuangan sampah di sebuah pangsapuri di Bukit Jambul.

Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat mengenai penemuan beg berisi peluru itu kira-kira 1.40 petang daripada orang awam

Abdul Rozak berkata kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.