Kes rasuah wartawan: SPRM soal 6 saksi bantu siasatan

Kes rasuah wartawan: SPRM soal 6 saksi bantu siasatan

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil dua lagi saksi dalam masa terdekat.

Azam Baki-Pesuruhjaya SPRM
Sabtu lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan wartawan Malaysiakini B Nantha Kumar ditahan kerana didakwa meminta dan menerima rasuah daripada ejen pekerja asing.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyoal enam saksi dalam siasatannya berhubung dakwaan seorang wartawan menerima rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil dua lagi saksi dalam masa terdekat.

“Pihak kami akan melengkapkan siasatan yang telah dijalankan … bawah Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

“Setakat ini 6 orang saksi telah dipanggil untuk rakaman percakapan, dan 2 orang saksi akan dipanggil dalam waktu terdekat.”

Sabtu lepas, Azam mengesahkan wartawan Malaysiakini B Nantha Kumar ditahan kerana didakwa meminta dan menerima rasuah daripada ejen pekerja asing.

Beliau menafikan penahanan itu berkait penerbitan artikel portal tersebut baru-baru ini, yang mendedahkan kartel pemerdagangan warga asing.

Azam berkata, wartawan itu didakwa meminta RM100,000 daripada ejen itu sebagai balasan tidak menyiarkan dua artikel mengenainya, namun jumlahnya kemudian dikurangkan kepada RM20,000.

Menurutnya, ejen itu membuat laporan kepada SPRM, kemudian pihak agensi meletakkan ‘perangkap’ yang membawa kepada penahanan wartawan itu di tempat kejadian dengan wang RM20,000.

Nantha dibebaskan dengan ikat jamin semalam, selepas editor eksekutif Malaysiakini RK Anand membayar jaminan RM10,000 bagi pihaknya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.