Kakitangan Perbendaharaan ditemukan mati terjerut

Kakitangan Perbendaharaan ditemukan mati terjerut

Bagaimanapun Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

Rusdi Mohd Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata lelaki itu ditemui terbaring di lantai pejabat Perbendaharaan di Kementerian Kewangan, Putrajaya pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang kakitangan Perbendaharaan ditemui mati dalam keadaan leher dan kaki terjerut pengikat kabel di pejabat jabatan itu di Kementerian Kewangan, Putrajaya pagi tadi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Isa berkata tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian.

Katanya, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 10.56 pagi mengenai seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam pejabat itu.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati si mati ditemui terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut ‘cable tie’.

“Tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan.

Rusdi berkata, mayat mangsa berusia 45 tahun itu dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Orang ramai juga dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi dan mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi polis Putrajaya di talian 03 88862222 atau polis Kuala Lumpur di talian 03 21159999,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.