
Tewas tipis kepada Fadhlina pada pemilihan 2022, Rodziah menegaskan dirinya tidak mengintai jawatan menteri jika bertanding tetapi ingin memberi nafas baru terhadap sayap terbabit yang didakwa semakin lesu,.
Menurutnya, sejak penghujung tahun lalu ramai ahli parti meminta beliau kembali dalam saf pimpinan sayap terbabit.
“Saya sedang melihat keperluan yang ada dan saya memahami hasrat akar umbi yang mahu saya terajui (Wanita PKR).
“Saya faham dan dapati banyak ruang perlu diperbaiki (dalam Wanita PKR) dengan baik. Saya amati ada sedikit kelesuan itu dan perlu diberi nafas baru,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis di sini.
Bekas exco Selangor itu juga mengumumkan akan mempertahankan jawatan ketua PKR Shah Alam.
Pada pemilihan 2022, Fadhlina yang memperoleh 18,923 undi diumumkan secara rasmi sebagai ketua Wanita PKR menewaskan Rodziah dengan 18,891 undi.
Bagaimanapun sebelum Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengumumkan keputusan itu, kiraan awal menunjukkan Rodziah menang jawatan terbabit, malah Fadhlina turut dilaporkan mengucapkan tahniah kepadanya.
PKR dijadual mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April.
Pemilihan bagi kepimpinan pusat berlangsung pada 24 Mei.