Polis kesan 3 lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai

Polis kesan 3 lelaki disyaki rompak kedai emas di Nilai

Mereka disyaki melakukan rompakan bersenjata di sebuah pasar raya kira-kira 8.36 malam semalam.

Tangkap layar rakaman video kejadian tular di media sosial yang menunjukkan dua lelaki bertopeng melakukan rompakan di Nilai.
SEREMBAN:
Polis giat mengesan tiga lelaki disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah pasar raya di Bandar Baru Nilai, dekat sini semalam.

Ketua Polis Nilai, Abdul Malik Hasim, berkata dua suspek masuk ke dalam premis, manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang wanita memaklumkan terdapat kejadian rompakan berkumpulan disyaki menggunakan senjata api di dalam sebuah pasar raya tersebut.

“Siasatan awal mendapati kejadian rompak berlaku pada 8.36 malam tadi. Seorang suspek disyaki menggunakan senjata api semasa kejadian.

“Siasatan juga mendapati tiada kecederaan dan jumlah kerugian masih dalam penilaian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7904222.

Beberapa rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, menunjukkan dua lelaki bertopeng merompak sebuah kedai emas di pasar raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.