
Pegawai Pendidikan Kanan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N V Subbarow mencadangkan kerajaan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam, Rela dan polis.
“Anggap isu ini perkara penting…jangan hanya rampas, tetapi tarik lesen pihak melanggar undang-undang dan heret mereka ke mahkamah juga,” katanya kepada FMT.
Gesaannya menyusul kematian seorang murid 10 tahun akibat tercekik gula-gula kenyal yang dibeli di luar SK Sungai Dua, Butterworth bulan lalu. KKM kemudian melarang penjualan gula-gula itu dan berikrar akan mengambil tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Saravanan Thambirajah menggesa pemilik perniagaan dan pengimport bertanggungjawab bagi memastikan produk makanan memenuhi piawaian keselamatan dan kualiti ketat.
Beliau turut menyarankan orang ramai membantu KKM dengan melaporkan produk tidak selamat melalui saluran aduan sedia ada.
“Penguatkuasaan saja tidak mencukupi. Pendekatan pelbagai serampang diperlukan, menggabungkan peraturan, penguatkuasaan, kesedaran awam dan akauntabiliti industri.”