
PETALING JAYA: Seorang doktor di sebuah hospital di George Town, Pulau Pinang, ditahan selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat kerja.
Ketua Polis Timur Laut, Abdul Rozak Muhammad, berkata penjawat awam berusia 43 tahun itu ditahan kira-kira 9.30 malam tadi selepas menerima maklumat daripada pihak hospital.
“Lelaki itu ditahan di hospital berkenaan dan kini direman empat hari hingga 2 Mac bagi membantu siasatan bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955,” katanya menurut Bernama.
Doktor itu dipercayai memperdaya dan melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap seorang pesakit wanita berusia awal 20-an ketika mangsa menerima rawatan.