Hud Aryan mungkin terjatuh lalu dibawa arus sungai, kata polis

Hud Aryan mungkin terjatuh lalu dibawa arus sungai, kata polis

Ketua Polis Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah berkata kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

Jasad Hud Aryan Mohd Nor Hafifi ditemukan terlekat pada pokok sekitar 4.20 petang tadi selepas dilapor hilang sejak kelmarin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Penemuan mayat Hud Aryan Mohd Nor Hafifi petang tadi dikategorikan mati mengejut dan berkemungkinan mangsa jatuh ke anak sungai lalu dibawa arus.

Ketua Polis Tanah Merah Mohd Haki Hasbullah, berkata mayat mangsa ditemui tersangkut pada pokok di tebing sungai Kampung Kerila, kira-kira tiga kilometer dari kediaman neneknya, di Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah.

“Alhamdulillah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akhirnya berjaya menemui mangsa dan mayat telah dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk bedah siasat.

“Setakat ini, kita mengklasifikasikannya sebagai kes orang hilang dan mati mengejut,” katanya menurut Berita Harian.

Menurut laporan, jenazah Hud Aryan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Tiga sekitar 11 malam ini.

Awal hari ini, jasad Hud Aryan ditemukan terlekat pada pokok sekitar 4.20 petang selepas dilapor hilang sejak kelmarin.

Ketua Balai Bomba Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata penemuan itu susulan air sungai sudah surut berbanding ketika kejadian paras sungai tinggi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.