Projek tebatan banjir Sungai Golok mula serentak, siap lebih cepat, kata PM

Projek tebatan banjir Sungai Golok mula serentak, siap lebih cepat, kata PM

Anwar Ibrahim berkata Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok sebelum ini dirancang dilaksanakan dalam tiga fasa.

banjir
Masalah banjir di beberapa lokasi seperti Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang boleh dikurangkan menerusi Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok yang dilaksanakan secara serentak berbanding berfasa akan membolehkannya disiapkan lebih awal, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Mengikut perancangan awal projek tebatan banjir itu dijadualkan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Anwar berkata pelaksanaan secara serentak itu dapat membantu mempercepatkan projek terbabit dan mengurangkan risiko bencana banjir sering melanda kawasan seperti Tumpat, Pasir Mas dan Rantau Panjang.

Katanya, kerajaan Kelantan juga memberi jaminan akan mempercepatkan proses pengambilan tanah dalam tempoh enam bulan berbanding perancangan asal yang mengambil masa 24 bulan membabitkan keseluruhan fasa.

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim.

“Sekarang keputusan kita sekalikan pelaksanaan ketiga-tiga fasa projek itu,” katanya dalam sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) berhubung usaha diambil kerajaan untuk mengatasi masalah banjir pada musim monsun terutama di kawasan berisiko.

Mengulas lanjut, Anwar berkata projek itu boleh dimulakan seawal Mei jika proses pengambilan tanah diselesaikan kerajaan Kelantan.

Anwar turut memaklumkan sehingga kini sebanyak 126 projek tebatan banjir diluluskan seluruh negara dengan kos RM22.57 bilion.

Menurutnya, projek itu termasuk di Segamat, Batu Pahat dan Ledang yang dimulakan 12 bulan lebih awal.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.