
Zahid berkata Umno dan Barisan Nasional berpendapat PRK itu tidak perlu tergesa-gesa diadakan memandangkan ketibaan Ramadan dan menyerahkan kepada SPR untuk membuat keputusan, lapor Bernama.
“Kami tidak berasa tergesa-gesa untuk melakukannya (PRK) kerana Ramadan terlalu hampir tentu kita harap tarikh yang akan dipilih SPR ini satu tarikh yang dapat disesuaikan dengan keadaan bulan Ramadan,” katanya selepas majlis ulang tahun Umno Sabah ke-34 di Tawau.
PRK Dun Ayer Kuning perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Ishsam meninggal dunia selepas menyertai perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, George Town, Pulau Pinang, akibat serangan jantung.
Ketua Polis Timur Laut Abdul Rozak Muhammad berkata Ishsam rebah semasa bersalaman dengan pemain lain sebelum disahkan meninggal dunia di hospital.
Ishsam berusia 58 tahun, dan menjadi wakil rakyat sejak 2022.
Pada PRU 2022, Ishsam dari Umno menang kerusi Ayer Kuning dalam pertembungan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi.