
PETALING JAYA: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dilaporkan tewas dalam persaingan untuk jawatan ketua Bersatu Machang, pada pemilihan yang berlangsung hari ini.
Menurut laporan, Fayhsal gagal menumbangkan penyandang, Kamaruddin Ab Kadir, apabila hanya menerima 26 undi berbanding pihak lawan yang memperoleh 103 undi.
Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Amirul Fahmi Mohd Mazlan Kushairi, mengesahkan keputusan itu kepada Malaysiakini.
Pemilihan ini menentukan kepimpinan peringkat bahagian bagi penggal 2024-2027.
Wan Fayhsal adalah Ahli Parlimen Machang.