Jurutera direman berkait rasuah RM100,000

Jurutera direman berkait rasuah RM100,000

Penjawat awam usia 42 tahun ditahan SPRM Labuan selepas disoal siasat petang semalam.

macc
Jurutera disiasat SPRM kerana didakwa terima rasuah RM100,000 daripada syarikat pembinaan sebagai pertukaran mudahkan pembayaran berkaitan projek di Kolej Vokasional Labuan.
LABUAN:
Seorang jurutera kanan direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM100,000.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman itu yang berkuat kuasa hari ini hingga esok.

Penjawat awam berusia 42 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan selepas disoal siasat di pejabat agensi berkenaan pada 4.38 petang semalam.

Individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana didakwa menerima rasuah RM100,000 daripada sebuah syarikat pembinaan sebagai pertukaran untuk memudahkan pembayaran berkaitan projek di Kolej Vokasional Labuan antara 2021 hingga 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.