6 disyaki terlibat kegiatan tipu tawaran kerja ditahan

6 disyaki terlibat kegiatan tipu tawaran kerja ditahan

Semua suspek berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di pangsapuri mewah di Permas Jaya, Johor Bahru, semalam.

scammer kerja
Suspek yang ditahan dalam serbuan semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pusat panggilan tipu tawaran kerja. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Enam lelaki ditahan polis semalam selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pusat panggilan menipu tawaran kerja tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Raub Selamat, berkata semua suspek berusia 25 hingga 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di pangsapuri mewah di Permas Jaya.

“Dalam serbuan itu, polis merampas pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk menjalani penipuan.

“Antaranya enam komputer pelbagai jenama, 24 telefon bimbit, enam helai baju, plug sambungan, pengecas telefon bimbit dan kunci rumah.

“Siasatan mendapati lima daripada suspek mempunyai satu kes rekod jenayah lampau berkaitan kes tipu tawaran kerja dan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.