Lembaga Pengampunan WP terima 342 permohonan 2006-2024

Lembaga Pengampunan WP terima 342 permohonan 2006-2024

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata 106 pemohon diberikan pengampunan penuh.

prison jail
Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said berkata tempoh menunggu keputusan Lembaga Pengampunan bergantung kepada permohonan dan kekerapan mesyuarat bersidang. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 342 banduan di seluruh negara memohon kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan supaya hukuman diringankan, ditangguh atau diberikan pengampunan penuh dari 2006 hingga 2024.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, berkata daripada jumlah itu, 106 banduan menerima pengampunan penuh.

“Manakala 44 banduan telah diringankan hukuman,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.

Menurutnya, baki 192 permohonan ditolak.

Azalina menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) berhubung jumlah banduan yang memohon kepada Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan supaya hukuman diringankan atau digantung setakat bulan lalu.

Tiada pecahan diberikan tentang jenayah yang dilakukan banduan.

Menjawab soalan tambahan berhubung berapa lama pemohon perlu menunggu keputusan daripada Lembaga Pengampunan, Azalina berkata, ia bergantung kepada permohonan banduan dan kekerapan mesyuarat lembaga itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.