
NEW YORK: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali Jho Low memohon pengampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor Wall Street Journal pada Selasa.
Reuters tidak dapat mengesahkan laporan itu segera.
Sumber yang mengetahui perkara itu berkata, permohonan berkenaan dikemukakan beberapa minggu ini dan jika diluluskan, ia akan menggugurkan pertuduhan jenayah dihadapinya di AS.
Menurut laporan itu, laman web Jabatan Kehakiman menyenaraikan satu permohonan atas nama Taek Jho Low masih dalam proses bagi ‘Pengampunan selepas Menjalani Hukuman’ yang difailkan tahun ini.
Seorang pegawai Rumah Putih berkata, permohonan Low tidak berada dalam perhatian Rumah Putih ketika ini.