
Menurutnya, parameter itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk persetujuan.
“Perincian berkaitan butiran konsortium yang disenarai pendek, kaedah pembiayaan dan kajian model projek akan diteliti pada fasa seterusnya, iaitu melalui proses ‘Request For Proposal’ (RFP),” katanya menurut Bernama dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Kementerian Pengangkutan menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing) berhubung status terkini projek HSR ekoran keputusan Malaysian Resources Corporation Bhd menarik diri daripada konsortium diketuai Berjaya Rail Sdn Bhd, selain butiran konsortium disenarai pendek, kaedah pembiayaan dan kajian model baharu.
Kementerian Pengangkutan menjelaskan MyHSR Corporation Sdn Bhd sudah melaksanakan penilaian terhadap tujuh cadangan konsep yang diterima daripada firma/konsortium tempatan dan antarabangsa melalui proses permintaan maklumat (RFI).