
Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan berumur 40 tahun yang memaklumkan mengenai perkara itu, Ahad lepas.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis ke atas aduan itu secara menyeluruh termasuk satu video tular berdurasi dua minit 12 saat di dalam sosial media TikTok yang membahaskan isu berkenaan,” menurut kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia, yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 dan penjara hingga setahun atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perkara itu diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Rahmat Adnan, di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang wanita mendedahkan tentang keberadaan ukiran gambar Mao Zedong serta batu yang terukir puisi berideologi komunisme, antara lain ingin mengangkatnya sebagai pemimpin hebat.