
“Saya tidak akan menjadi duta besar Malaysia ke AS.
“Sebagai menteri Miti, kementerian sedia memberi sokongan kepada sesiapa pun yang akan menjawat jawatan duta besar Malaysia ke AS.
“Kita perlukan seseorang yang berada di lapangan,” katanya menurut Berita Harian selepas Persidangan China Asia Tenggara 2025 di ibu negara.
Pada 7 Feb lalu, bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming mencadangkan lima nama untuk dipertimbangkan Putrajaya sebagai pengganti Nazri.
Selain Tengku Zafrul, empat yang lain ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, bekas pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak, bekas Ahli Parlimen Yusmadi Yusoff dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia Faiz Abdullah.
Nazri mengesahkan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun sudah berakhir pada 8 Feb lalu dan menyatakan pelantikannya secara politik, bukannya diplomat kerjaya.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan sudah memuktamadkan nama bagi mengisi kekosongan jawatan duta besar Malaysia ke AS.
Katanya, beliau akan menyerahkan nama itu untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, sekembalinya dari lawatan rasmi ke Bahrain.