KKM nafi dakwaan tempoh pengesahan doktor pakar dilanjutkan 18 bulan

KKM nafi dakwaan tempoh pengesahan doktor pakar dilanjutkan 18 bulan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan berkata Akta Perubatan 1971 belum dikuatkuasakan.

doctor
KKM nafi laporan media yang pegawai perubatan ‘menerima kurang daripada separuh gaji sepatutnya’.
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan pelaksanaan dasar baharu yang mewajibkan tempoh pengesahan sebagai doktor pakar sehingga 18 bulan berbanding enam bulan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Radzi Abu Hassan, pindaan Akta Perubatan 1971 belum dikuatkuasakan.

“Buat masa ini tiada dasar baharu telah ditetapkan seperti didakwa,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menepis pegawai perubatan ‘menerima kurang daripada separuh gaji sepatutnya’, sambil menjelaskan kajian penyelarasan elaun bayaran insentif pakar (BIP) kini di peringkat akhir untuk diselarikan dengan lunas undang-undang.

“Sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan secara rasmi setelah dimuktamadkan dengan agensi-agensi pusat,” katanya.

Tambahnya, sebarang perubahan penyelarasan elaun ini juga hanya akan terpakai kepada pengamal yang tamat latihan kepakaran selepas pindaan akta tersebut dikuatkuasakan.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang pakar perubatan mendakwa berlaku insiden doktor pakar bedah yang baru diiktiraf dibayar gaji sama seperti pegawai peruba­tan junior, iaitu sekitar RM5,000 hingga RM7,000 sebulan.

Menurut laporan itu, dasar baharu yang mewajibkan lanjutan tempoh itu terkandung dalam garis panduan menerusi pindaan akta berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.