Disyaki curi RM2,500 di kenduri kahwin, warga emas direman 4 hari

Disyaki curi RM2,500 di kenduri kahwin, warga emas direman 4 hari

Seorang lelaki 62 tahun yang dipercayai rakannya turut direman bersama wanita itu untuk disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

gavel
Mahkamah Majistret Pasir Mas mengeluarkan perintah reman sehingga 20 Feb ini terhadap wanita 61 tahun itu. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas direman empat hari kerana disyaki mencuri RM2,500 pada majlis perkahwinan di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas.

Menurut laporan Bernama, perintah reman sehingga 20 Feb ini terhadap wanita 61 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani di Mahkamah Majistret Pasir Mas.

Seorang lelaki 62 tahun yang dipercayai rakannya turut direman bersama wanita itu untuk disiasat bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Kedua-duanya ditahan ketika mereka menaiki sebuah teksi dalam keadaan mencurigakan di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu pada 5.04 petang semalam.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) 38 saat menunjukkan seorang wanita menyamar tetamu dan menumpang menggunakan tandas di sebuah rumah ketika majlis perkahwinan di Kampung Tasek Berangan pada 1 Feb lalu, sebelum melarikan wang tunai RM2,500 milik pengadu berusia 59 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.