
Op Hazard membabitkan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu menyerbu sebuah premis di ladang kelapa sawit Simpai di Pekan dan kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, lapor Berita Harian.
Briged Tenggara PGA dalam kenyataan berkata, dalam serbuan itu pihaknya menemukan puluhan guni mengandungi pelbagai e-waste dan sisa berjadual seperti ‘black powder’ (tembaga/nikel), lebih 670 tan perak yang belum dan sudah diproses.
Katanya, pihaknya turut merampas campuran barangan terjadual, pelbagai mesin dan jentera memproses bahan pelupusan dalam kilang yang beroperasi tanpa dokumen sah daripada JAS.
“E-waste dan sisa berjadual ini dipercayai dibawa masuk dari China untuk diproses dan dijual semula ke pasaran luar negara.
“Anggaran nilai rampasan mencecah RM410 juta dan kes disiasat bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Kanun Tanah Negara Akta 828,” katanya.
Katanya, seorang lelaki tempatan serta dua lelaki warga China dan Bangladesh yang menjadi penjaga kilang itu ditahan untuk membantu siasatan.