54 masih terjejas banjir Sabah

54 masih terjejas banjir Sabah

Dua kampung masih terjejas banjir di Kinabatangan.

Pusat Penempatan Sementara
Seramai 54 orang yang terjejas akibat banjir di Sabah ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Mangsa banjir di Sabah kekal 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan, mereka berlindung di satu pusat pemindahan sementara di Kinabatangan.

“Trend pemindahan pagi ini kekal dan dua kampung masih terjejas banjir di Kinabatangan,” menurut jawatankuasa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.