Suspek kes bunuh wanita buat COD ditahan

Suspek kes bunuh wanita buat COD ditahan

Suspek direman seminggu bermula hari ini bantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek berusia 53 tahun ditahan di Terengganu kira-kira 5.30 pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang lelaki berusia 53 tahun berhubung kes bunuh peniaga makanan yang mayatnya ditemukan di tepi sungai di Kuantan, kelmarin.

Ketua Polis Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata suspek ditahan di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembusu, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu, kira-kira 5.30 pagi tadi.

Katanya, polis turut merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian dan dokumen untuk membantu siasatan.

Menurutnya, sehubungan itu perintah reman terhadap suspek selama seminggu bermula hari ini dikeluarkan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, lapor Bernama.

Terdahulu, dilaporkan mayat seorang wanita berusia 37 tahun ditemukan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, pada tengah hari Khamis.

Wan Zahari ketika itu berkata, terdapat unsur-unsur jenayah pada tubuh badan mangsa.

Katanya, menurut saksi, mangsa ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira 7.30 malam pada hari sebelumnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.