Abang Jo umum syarikat penerbangan baharu Sarawak, AirBorneo

Abang Jo umum syarikat penerbangan baharu Sarawak, AirBorneo

Premier Sarawak itu berkata, syarikat penerbangan khidmat penuh itu akan menitikberatkan prestij negeri sebagai destinasi pelancongan premium.

abang johari openg
Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, AirBorneo sedia mewujudkan keseimbangan antara ketersambungan, tambang berpatutan dan faedah ekonomi bagi negeri. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Premier Sarawak Abang Johari Openg mengumumkan negeri itu akan mempunyai syarikat penerbangannya sendiri, AirBorneo.

Beliau membuat pengumuman itu di Kuching hari ini selepas menandatangani perjanjian jual beli yang merasmikan pengambilalihan syarikat penerbangan luar bandar MASwings oleh kerajaan negeri, lapor The Borneo Post.

“AirBorneo bersedia mewujudkan keseimbangan antara ketersambungan, tambang berpatutan dan faedah ekonomi (bagi Sarawak),” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dengan Malaysia Aviation Group (MAG).

“Beroperasi sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh, AirBorneo akan menitikberatkan prestij serantau Sarawak sebagai destinasi pelancongan premium.”

MAG berkata, peralihan MASwings dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

“MAG (sedang) bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan, termasuk pemegang saham Khazanah Nasional Bhd, untuk memastikan peralihan yang lancar dan pematuhan terhadap semua rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkaitan,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Menurut MAG, MASwings akan terus beroperasi seperti biasa bawah bidang kuasanya sepanjang tempoh peralihan ini, dengan jadual penerbangan tidak terganggu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.