
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar, berkata solat hajat itu akan diadakan selepas solat Maghrib yang akan turut diadakan di semua masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
“Umat Islam diundang untuk bersama-sama ke masjid/surau berkenaan bagi mendoakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar dikurniakan kesejahteraan, kesembuhan dan keafiatan,” katanya dalam kenyataan.
Pada 7 Feb lalu, Istana Negara dalam kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim memaklumkan keberangkatan baginda menjalani rawatan di luar negara telah disembah kepada Majlis Raja-raja dan kerajaan persekutuan.
Menurut kenyataan itu, rakyat diminta mendoakan baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafitan berpanjangan.