
PETALING JAYA: Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Kamaruddin Abdullah meninggal dunia di kediamannya di Jalan Bayam, Kota Bharu, hari ini.
Allahyarham yang berusia 73 tahun meninggal dunia 6 pagi tadi di sisi keluarga akibat kanser paru-paru sejak lapan tahun lalu.
Anaknya, Shahrul Nasrun, berkata solat jenazah akan diadakan di Masjid Negeri Kubang Kerian selepas solat Asar dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Kenali di Kubang Kerian.
“Mohon semua doakan untuk Allahyarham dan semoga arwah bapa ditempatkan di kalangan orang beriman,” katanya menurut Berita Harian.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan enam anak.