Kes selesai, beg berisi wang tunai RM500,000 serah kepada pemilik

Kes selesai, beg berisi wang tunai RM500,000 serah kepada pemilik

Polis berkata timbalan pendakwa raya mengarahkan wang dan beg itu dikembalikan kepada pemiliknya melalui perintah mahkamah.

hussein omar khan
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata wang tunai itu diserahkan kepada pemilik sebuah syarikat pertengahan November lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kes penemuan beg berisi wang tunai RM500,000 di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Mac 2024 selesai, selepas ia diserahkan kepada pemiliknya.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata wang tunai itu diserahkan kepada pemilik sebuah syarikat.

“Timbalan pendakwa raya mengarahkan wang dan beg itu dikembalikan kepadanya melalui perintah mahkamah, yang mana ia sudah diserahkan pertengahan November lalu.

“Kes ini dianggap selesai dengan penyerahan wang tunai berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Pada 19 Mac 2024, seorang pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Damansara menemui bagasi berisi RM500,000, sebelum membuat laporan polis.

Polis kemudian dilaporkan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tetapi ia tidak fokus ke arah lokasi bagasi ditemui, justeru pemilik bagasi diminta tampil bersama bukti untuk menuntut wang berkenaan.

Susulan itu, polis menerima laporan sebuah syarikat mendakwa bagasi terbabit milik mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.