
Perintah reman sehingga hingga 8 Feb terhadap suspek berusia 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berita Harian yang memetik sumber berkata, suspek yang pernah bertugas sebagai ketua penolong setiausaha (KPS) di jabatan itu ditahan kira-kira 4.50 petang semalam di pejabat SPRM Melaka ketika hadir memberi keterangan.
Katanya, lelaki terbabit disyaki menyalah guna kuasa dan kedudukannya di jabatan berkenaan dengan meminta sumbangan bagi Program Hari Keluarga / Sasaran Kerja Tahunan berjumlah RM5,000 sedangkan program itu tidak wujud.
“Wang diperoleh dipercayai digunakan untuk kegunaan peribadinya.
“Selain itu, suspek juga secara tidak jujur didakwa menggunakan wang sumbangan duit raya berjumlah RM600 yang sepatutnya diberikan kepada 30 petugas di bawah seliaannya untuk kegunaan peribadinya juga tahun lalu,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan reman itu.