KKM sahkan terima aduan buli di sebuah hospital

KKM sahkan terima aduan buli di sebuah hospital

Kementerian Kesihatan kata tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

kkm fmt
KKM kata ia mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli.
PUTRAJAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan menerima aduan dalam media sosial dan media tempatan berkenaan kejadian buli berbaur perkauman dan budaya kerja toksik di sebuah hospital di Sabah.

KKM memaklumkan isu berkenaan dirujuk kepada unit integriti untuk siasatan, dan tindakan susulan akan diambil secepat mungkin.

“Pihak yang berkenaan juga digalakkan membuat laporan rasmi melalui sistem MyHelp untuk membantu siasatan. Perlakuan buli dalam apa jua bentuk dan kategori tiada tempat dalam KKM,” menurut kenyataan.

KKM memaklumkan ia mengamalkan dasar toleransi sifar terhadap buli kerana perbuatan itu bertentangan dengan hasrat untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan adil kepada semua.

Tindakan tegas termasuk tatatertib akan diambil terhadap pelaku sekiranya kesalahan dapat dibuktikan, menurut KKM.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.