
Dia didakwa membuat komen di hantaran Facebook pelawak Harith Iskander yang didakwa secara berseloroh menyatakan ‘iman tergugat’ apabila beliau mempertimbangkan untuk menikmati ‘Ham Sap Kopi’.
Harith membuat jenaka itu di tengah-tengah kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk itu dijual kedai serbaneka di Universiti Malaya.
Cecelia Yap menerusi kenyataan dikeluarkan firma guaman mewakilinya Saibullah M.V. Nathan & Co berkata dia memohon maaf kepada umat Islam yang tersinggung dengan hantaran terbabit.
“Saya amat kesal bahawa komen saya yang tidak sensitif tersebut telah menyinggung perasaan semua.
“Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan di masa-masa depan,” katanya yang turut berjanji memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan ke atasnya.
“Sekali lagi saya dengan rasa amat rendah diri memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia berkenaan insiden ini.
“Saya menyusun jari dan memohon kepada semua yang tersinggung dengan komen saya tersebut dapat memaafkan kesilapan saya.
Ketua Polis Negara Razarudin Husain mengesahkan siasatan ke atas Harith dan Cecelia Yap dibuat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505 KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.