
Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar, berkata kopitiam khususnya di kawasan tumpuan pelancong antara perniagaan yang banyak dikesan menaikkan harga tahun lepas.
Katanya, sepanjang tempoh setahun lepas, kebanyakan premis kopitiam jenis francais atau kedai kopi kecil di kawasan perumahan dilaporkan menaikkan harga antara tiga hingga empat kali secara berperingkat, dengan 10% bagi setiap kenaikan.
“Taktik berkenaan bertujuan mengelak dikesan pengguna, namun perbuatan itu gagal disembunyikan kerana kesalahan itu dilaporkan pelanggan tetap premis berkenaan selain menerusi pemantauan yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN,” katanya lapor Bernama.
Norena berkata KPDN akan beri perhatian pada pemantauan dan pemeriksaan lebih berkala, khususnya di Melaka Tengah.