
Ancaman dan mesej-mesej kesat itu membawa kepada pembatalan program komediri Harith di Dewan Filharmonik Petronas, yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Dr Jezamine Lim menyifatkan ancaman terhadap anak-anak mereka itu sebagai ‘keji, pengecut, dan tidak berperikemanusiaan’, serta ‘melampaui batas’.
“Laporan telah dibuat dan polis sedang siasat,” katanya di Instagram.

Lim berkata ancaman dan serangan dalam talian yang bertubi-tubi membawa kepada keputusan bersama oleh keluarga dan Dewan Filharmonik Petronas untuk tidak meneruskan persembahan atas sebab keselamatan.
Dewan Filharmonik Petronas mengumumkan pembatalan ‘DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter’, semalam, tanpa menyatakan alasan.
Sementara itu, polis memaklumkan kenyataan Harith berhubung catatan isu ‘ham’ telah dirakam.
Catatan tersebut di sebalik kontroversi sandwic ‘ham & cheese’ didakwa tidak mempunyai perakuan halal dengan produk itu dijual kedai serbaneka di Universiti Malaya.