
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira segala pertimbangan dan memberi laluan kepada kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh.
“Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas akan dipengerusikan Abu Bakar Suleiman (bekas ketua pengarah kesihatan).
“Terma-terma rujukan jawatankuasa ini terkait pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dan penjadualan waktu bekerja,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini timbul kekeliruan mengenai cadangan itu terutama berkait pelaksanaannya susulan penyebaran pekeliling dalaman.
Pada 21 Jan lalu, Dzulkefly berkata WBB hanyalah tambahan pilihan kepada sistem sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kemampuan hospital awam.
Menurutnya, inisiatif itu bertujuan menangani isu lama berkaitan waktu kerja berlebihan dalam kalangan profesional kesihatan, di mana ada yang bekerja sehingga 33 jam berturut-turut atau mencatatkan 99 jam seminggu.
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan jangka masa bilakah WBB akan dilaksanakan.