Polis siasat gambar wanita disunting tanpa pakaian

Polis siasat gambar wanita disunting tanpa pakaian

Polis berkata wanita tempatan itu mendakwa gambarnya tidak berpakaian dimuat naik di aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping.

Shahrulnizam Ja’afar
Menurut Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis membuka kertas siasatan berkait seorang wanita tempatan mendakwa gambarnya disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar, berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada 4.13 petang, Isnin lalu.

“Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dimuat naik di satu aplikasi laman sosial dan dijual RM18 sekeping,” katanya dalam kenyataan.

Shahrulnizam berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.