
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat pada 12.34 tengah hari, di mana seorang lelaki tempatan 19 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
“Hasil siasatan lanjut, kita menjumpai sepucuk pistol semi automatik dan peluru dalam bagasi yang berada dalam kenderaan lelaki itu. Mangsa yang bekerja sampingan itu tinggal di kawasan berhampiran, dia tiada rekod jenayah,” katanya menurut Sinar Harian.
Menurutnya, siasatan lanjut ke atas senjata api itu sedang dijalankan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
“Siasatan berkaitan kes kematian mengejut (SDR) juga sedang dilakukan dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca kematian.”
Beliau meminta orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Mohamad Hafeez Hamzah di talian 019-6556536 bagi membantu siasatan.