Pegawai rendah polis, 2 warga Bangladesh direman kes rasuah

Pegawai rendah polis, 2 warga Bangladesh direman kes rasuah

Mereka dipercayai menjadi pengantara bagi menyelesaikan satu kes pergaduhan pengadu yang juga warga asing pada 2022 membabitkan wang berjumlah RM29,000.

sprm
Sumber SPRM berkata semua suspek ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang pegawai rendah polis dan dua warga Bangladesh direman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit kes rasuah berjumlah RM29,000.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Azlan Basri terhadap ketiga-tiga suspek di Mahkamah Majistret Georgetown selepas membenarkan permohonan SPRM.

Sumber SPRM berkata pegawai berusia 55 tahun dan warga Bangladesh masing-masing berusia 44 dan 52 tahun itu dipercayai menjadi pengantara bagi menyelesaikan satu kes pergaduhan pengadu yang juga warga asing pada 2022.

Katanya, wang terbabit telah dibayar namun suspek masih meminta RM10,000 daripada pengadu tahun lalu, menjadikan semua wang diminta berjumlah RM32,000.

“Bagaimanapun, pengadu hanya menyerahkan wang sebanyak RM7,000 kepada suspek,” katanya, menurut Sinar Harian.

Katanya, semua suspek ditahan semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.