
Ketua Polis Kedah Fisol Salleh, berkata suspek berusia 23 tahun itu yang juga penduduk Kupang ditahan kira-kira 12.30 tengah malam, Isnin lalu.
Katanya, sembilan kes khianat api yang dilakukan penganggur itu berpunca perasaan dendam kerana sering dibuli di tempat kerja, selain suspek juga dipulau penduduk setempat.
“Suspek juga dipulaukan penduduk setempat dengan sebahagian daripada mangsa dikenali suspek.
“Suspek sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah dan berhenti kira-kira tiga bulan sebelum kebakaran pertama,” katanya menurut Sinar Harian pada sidang akhbar di IPK Kedah, Alor Setar.
Fisol berkata, suspek direman sehingga Sabtu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Katanya, modus operandi suspek adalah mencurahkan petrol di atas motosikal lalu membakarnya, sebelum api merebak ke rumah penduduk.