7 kakitangan PTD Klang ditahan kes pindah milik tanah

7 kakitangan PTD Klang ditahan kes pindah milik tanah

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Yusri Zakariah berkata semua kakitangan itu sudah dipindahkan ke jabatan lain.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor Yusri Zakariah berkata kes pindah milik tanah tidak sah itu dipercayai berlaku ketika proses penukaran sistem lama ke sistem e-tanah. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Tujuh penjawat awam Selangor yang ditahan bagi membantu siasatan kes pindah milik tanah tidak sah adalah kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang.

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS), Yusri Zakariah, berkata semua kakitangan itu sudah dipindahkan ke jabatan lain.

“Mereka diletakkan di jabatan tidak membabitkan kerja tanah sementara menunggu siasatan penuh polis,” katanya menurut Berita Harian selepas merasmikan Jentera Low Loader bersama kawad bulanan Penguatkuasaan dan Pentadbiran Tanah Selangor di Dataran SUK, Shah Alam.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan siasatan dalaman ke atas kes itu yang dipercayai berlaku ketika proses penukaran sistem lama ke sistem e-tanah, selain bekerjasama dengan polis melalui pemberian keterangan dan bukti.

Yusri menasihatkan pemilik tanah menyemak hak milik dan cukai tanah dari semasa ke semasa.

“Buat semakan sekurang-kurangnya setahun sekali dengan membuat carian persendirian. Pastikan nama di geran itu nama kita.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.