
Majistret Nabilah Nizam mengeluarkan perintah reman itu terhadap dua anggota berpangkat koperal dan sarjan terbabit selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, menurut Berita Harian.
Menurut sumber, mereka ditahan selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka pada 5.20 petang semalam.
Ia bagi membolehkan siasatan berhubung kes memalsukan tuntutan elaun pelatih yang tidak menghadiri latihan kem tahunan Siri 3/2023 di sebuah kem tentera di Muar, Johor.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan mereka.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009, sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali nilai tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut yang mana tinggi.