
Polis berkata kejadian letupan itu dilaporkan pada kira-kira 4.45 petang tadi.
Siasatan awal mendapati letupan tersebut dipercayai berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di perkarangan sebuah kilang kimia.
“Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, yang menambah terdapat kerosakan pada bangunan kilang tersebut dan juga kilang-kilang berhampiran.
Sementara itu, bomba memaklumkan pasukannya melaporkan terdapat asap berwarna kuning yang memedihkan mata apabila tiba di tempat kejadian.
Pasukan Hazmat mendapati bahan yang terbakar adalah ‘recycle acid’.
“Terdapat sebuah lori ‘tanker’ didapati hancur akibat daripada letupan dan terbakar,” menurut bomba.