
Beliau berkata, polis berjaya menahan suspek berusia 25 tahun itu di sekitar Parit 6, Sungai Besar, selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira 10 pagi tadi.
“Hasil siasatan lanjut mendapati suspek mengalami masalah gangguan mental.
“Dia kemudian dibawa ke Hospital Sabak Bernam bagi rawatan lanjut dengan ditemani warisnya,” katanya menurut Sinar Harian.
Tambahnya, orang ramai diminta supaya terus menghubungi polis dan menyalurkan maklumat sekiranya mendapati sebarang kejadian yang menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.
Terdahulu, tular video berdurasi 17 saat memaparkan lelaki berpakaian ‘mumia’ berjalan kaki di sekitar Sungai Besar hingga mencetuskan perhatian orang ramai.